√ Senarai Yuran PKS: Program & Syarat Kemasukan 2024

Yuran PKS – Politeknik Kuching Sarawak (PKS) merupakan salah satu institusi pengajian tinggi awam yang menawarkan pelbagai program diploma berkualiti, terutamanya dalam bidang teknikal dan vokasional. Terletak di Sarawak, politeknik ini menjadi pilihan utama bagi ramai pelajar, khususnya dari Borneo dan seluruh Malaysia.

Bagi anda yang berminat melanjutkan pengajian di PKS, salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian adalah kos yuran pengajian. Yuran ini merangkumi pelbagai komponen, termasuk yuran pendaftaran, yuran pengajian, serta kos tambahan lain yang perlu diselesaikan sebelum memulakan pengajian.

Artikel ini akan memberikan panduan terperinci tentang yuran pengajian di PKS, bagi membantu anda membuat perancangan kewangan yang lebih bijak sebagai persediaan menghadapi kehidupan sebagai pelajar. Selain itu, kami juga akan menyentuh mengenai bantuan kewangan yang tersedia untuk meringankan beban yuran bagi mereka yang memerlukan.

Pengenalan PKS

Imej: PKS

Politeknik Kuching Sarawak (PKS) merupakan politeknik kelima yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. PKS kini menawarkan 13 program diploma dan diterajui oleh Encik Samsudin bin Mohd Saleh yang dilantik sebagai Pengarah mulai 12 Jun 2023, menggantikan Encik Hikmatullah bin Hajid Ahmad Khan yang bersara wajib pada 11 Jun 2023.

Ditubuhkan pada tahun 1987, penubuhan PKS adalah selaras dengan objektif untuk memenuhi keperluan tenaga kerja terlatih dalam usaha mencapai aspirasi negara ke arah perindustrian serta meningkatkan daya saing di peringkat global. Pada peringkat awal, PKS beroperasi di sebuah rumah kedai di Simpang Tiga, Kuching, dengan Encik Mustapa Bin Mohamed dilantik sebagai Pengetua pertama.

Kemudian, kampus tetap telah dipilih oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian Negeri Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia di kawasan Lot 88, Matang Land District. Kampus ini terletak di atas tanah seluas 112 ekar dan berjarak kira-kira 23 kilometer dari pusat bandar Kuching. Kedudukannya yang bersebelahan Gunung Serapi dan Taman Negara Kubah menjadikan kampus ini sebagai tempat yang sesuai dan kondusif untuk pembelajaran serta perkembangan sahsiah pelajar.

Pengambilan pertama pelajar pada Julai 1989 melibatkan seramai 204 pelajar yang ditawarkan tempat. Ketika itu, kursus-kursus yang ditawarkan termasuk:

  • Sijil Kejuruteraan Awam (Pembinaan)
  • Sijil Kejuruteraan Elektronik (Perhubungan)
  • Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
  • Sijil Kejuruteraan Jentera (Am)
  • Sijil Penyimpanan Kira
  • Diploma Perakaunan

Visi

Menjadi institusi TVET terunggul yang dipacu oleh industri menjelang tahun 2020.

Misi

  1. Menyediakan akses kepada program TVET yang berkualiti dan diiktiraf.
  2. Menghasilkan graduan yang seimbang, holistik, berkualiti serta berdaya keusahawanan melalui program pengajian yang dinamik dan mampan.

Sistem Pengajian PKS

Tempoh pengajian biasa adalah selama enam (6) semester atau 3 tahun. Dalam keadaan tertentu, berdasarkan peraturan yang ditetapkan, pelajar boleh diberikan peluang lanjutan tempoh maksimum sehingga sembilan (9) semester.

Program PKS

  1. Diploma Kejuruteraan Awam
  2. Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan
  3. Diploma Kejuruteraan Geomatik
  4. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
  5. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
  6. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan)
  7. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
  8. Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia)
  9. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara & Penyejukbekuan)
  10. Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
  11. Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)
  12. Diploma Perakaunan
  13. Diploma Pengajian Perniagaan

Syarat Kemasukan PKS

Syarat kelayakan terperinci kemasukan diploma di PKS merujuk kepada syarat politeknik konvensional dan boleh dirujuk melalui menu Pengajian Sepenuh Masa di portal http://ambilan.mypolycc.edu.my

Berikut adalah ringkasan syarat diploma di PKS :

Semua Diploma Bidang Kejuruteraan bagi Lepasan SPM

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), ketidakupayaan pendengaran (pekak), ketidakupayaan pertuturan (bisu), ketidakupayaan fizikal (kaki, tangan, lumpuh, lain – lain) atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.
    Tambahan : Bagi Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) dan Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan, calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan buta warna.

Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) dan Diploma Akauntansi

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
  7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), ketidakupayaan pendengaran (pekak), ketidakupayaan pertuturan (bisu), ketidakupayaan fizikal (kaki, tangan, lumpuh, lain – lain) atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.

Diploma Pengajian Perniagaan

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memiliki SPM atau setaraf
  3. Lulus Bahasa Melayu
  4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  5. Lulus Bahasa Inggeris
  6. Lulus Mathematics
  7. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  8. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), ketidakupayaan pendengaran (pekak), ketidakupayaan pertuturan (bisu), ketidakupayaan fizikal (kaki, tangan, lumpuh, lain – lain) atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

Yuran PKS

Yuran pengajian bagi Politeknik Kuching Sarawak (PKS) adalah sebanyak RM 200 bagi setiap semester. Pembayaran yuran hendaklah dibuat melalui ePembayaran menggunakan platform JOMPAY.

Selain yuran pengajian, terdapat juga yuran lain yang perlu dijelaskan oleh pelajar, yaitu Yuran Asrama senilai RM 60 setiap semester (bagi pelajar yang ditawarkan tempat di asrama atau kolej kediaman).

Bantuan Kewangan PKS

Pelajar politeknik layak memohon pelbagai bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, dan pihak swasta, sama ada melalui skim biasiswa, dermasiswa, pinjaman, atau bantuan sekali bayar.

Antara bantuan kewangan yang boleh dipohon termasuk Skim Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Dermasiswa B40 daripada Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS), Pinjaman Pendidikan Yayasan atau Kerajaan Negeri, dan pelbagai lagi.

Untuk maklumat lanjut, pelajar boleh merujuk senarai bantuan kewangan di portal rasmi Politeknik Kuching Sarawak di www.poliku.edu.my melalui Menu Pelajar di bahagian Maklumat Opsyen Biasiswa/Pinjaman/Penajaan Pendidikan Pelajar.

Photo of author

Afia

Saya seorang yang mempunyai minat mendalam terhadap pengajian tinggi di Malaysia. Saya suka meneliti dan mengumpul maklumat terkini berkaitan yuran pengajian dari pelbagai universiti sama ada awam mahupun swasta.