Yuran PSIS – Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), yang terletak di Sabak Bernam, Selangor, merupakan salah satu institusi pendidikan tinggi awam yang terkemuka di Malaysia. Setiap tahun, PSIS menerima ratusan pelajar baru dari seluruh negara yang berhasrat melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang teknikal dan vokasional.
Salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh pelajar baru serta pelajar sedia ada adalah mengenai yuran pengajian. Artikel ini akan memberikan panduan menyeluruh mengenai yuran PSIS, termasuk pecahan kos bagi setiap program, yuran kemudahan, serta yuran pendaftaran bagi tahun akademik 2024.
Dengan memahami struktur yuran ini, pelajar dapat merancang kewangan mereka dengan lebih baik sepanjang tempoh pengajian di PSIS.
Pengenalan PSIS
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) merupakan politeknik yang ke-17 ditubuhkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Penubuhan PSIS ini seiring dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti bagi memenuhi keperluan sektor awam dan swasta.
Graduan yang dihasilkan juga berperanan dalam membantu negara mencapai matlamat visi dan misi menuju Wawasan 2020. Terletak di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor, politeknik ini terus memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan teknikal dan vokasional.
Pada awal penubuhannya, Politeknik Sultan Idris Shah dikenali sebagai Politeknik Sabak Bernam dan mula beroperasi pada 16 Mei 2003.
Visi
Menjadi Peneraju Institusi Latihan Vokasional dan Teknikal (TVET) Yang Unggul
Misi
- Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf.
- Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat.
- Melahirkan graduan holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang.
- Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.
Program PSIS dan Syarat kemasukn Program
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), menawarkan beberapa program yang bisa diikuti. Berikut program dan syarat kemasukan
Diploma Kewangan Islam
Diploma dalam Kewangan Islam direka khusus untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perbankan dan kewangan Islam, yang kini menjadi antara segmen yang berkembang pesat dalam perkhidmatan kewangan global. Berasaskan piawaian program Muamalat dan Kewangan Islam oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), program ini merangkumi elemen muamalat, kewangan Islam, perbankan Islam, pengurusan risiko, takaful, serta perancangan kewangan dan pengurusan kekayaan Islam. Selain itu, pelajar turut akan mempelajari asas literasi perniagaan dan kewangan termasuk matematik perniagaan, kaedah kuantitatif, perakaunan perniagaan, aplikasi komputer, ekonomi mikro, dan keusahawanan digital. Gabungan kursus wajib, kursus teras umum, serta kursus khusus mengikut disiplin, bersama dengan penilaian terpilih, dirangka untuk membantu pelajar mencapai lima kluster hasil pembelajaran iaitu pengetahuan dan pemahaman, kemahiran kognitif, kemahiran kerja fungsional, kemahiran peribadi dan keusahawanan serta etika dan profesionalisme.
Prospek Kerjaya
Program ini memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam kewangan Islam yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai kerjaya di pelbagai industri seperti perbankan, kewangan, pelaburan, takaful, dan pengurusan risiko. Kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh oleh pelajar daripada program ini membolehkan mereka bersaing dalam pasaran kerja sebagai:
SEKTOR KERAJAAN
- Penolong Pegawai Tadbir
- Penolong Pendaftar
- Penolong Pegawai Badan Berkanun
- Penolong Juruaudit
- Penolong Pegawai di Institusi Kewangan Sosial Islam (Majlis Agama, Baitulmal, Pusat Zakat)
SEKTOR KORPORAT
- Penolong Pegawai Bank
- Broker Saham
- Perunding Kewangan
- Penasihat Kewangan Peribadi
- Pegawai Bank Peribadi
- Perancang Kewangan
- Eksekutif Kewangan
- Eksekutif Bank
- Eksekutif Pemasaran Bank Islam
- Penolong Penganalisis Kredit
- Penolong Juruaudit
- Penolong Eksekutif Pematuhan
- Pegawai Sekretariat Syariah
- Pegawai Ar-Rahnu
- Penolong Pegawai Risiko
- Pegawai FinTech Digital
- Pegawai Syariah Koperasi
Syarat Kemasukan
Lepasan SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (bagi SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Memperoleh TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran berikut:
- Matematik
- DUA (2) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran lain
- Calon tidak mempunyai masalah penglihatan (buta), pendengaran, fizikal, atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.
Lulusan Pra Diploma Politeknik
- Lulus Pra Diploma Perdagangan
Lulusan Selain SPM
- Warganegara Malaysia
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf MQA atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan dan lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik; ATAU
- Memiliki Sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
- Calon tidak mempunyai masalah penglihatan (buta), pendengaran, fizikal, atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.
Sijil yang diiktiraf untuk kemasukan
- Sijil Politeknik Tahap 3 KKM
- Sijil Pemasaran
- Sijil Pemprosesan Data
- Sijil Pengajian Perniagaan
- Sijil Penyimpanan Kira
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 KKM
- Perancangan Kewangan (FB-016-3:2012)
Jika sijil yang dimiliki tidak tersenarai di atas, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar untuk maklumat lanjut.
Lulusan APEL
- Warganegara Malaysia
- Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
Diploma Sains Kesetiausahaan
Diploma Sains Kesetiausahaan bertujuan untuk memperkasakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan dalam menghasilkan dan menguruskan dokumen pejabat dengan berkesan, mencipta pembentangan dan cadangan, mengurus teknologi maklumat, serta menganjurkan acara. Pada masa yang sama, ia turut melatih pelajar untuk menonjolkan personaliti yang profesional dan menyenangkan.
Program ini direka khas bagi melengkapkan pelajar dengan pengetahuan profesional dalam bidang kesetiausahaan, sekaligus membantu mereka untuk menjadi separa profesional dalam sektor awam dan swasta.
Melalui program ini, pelajar akan dibekalkan dengan pelbagai kemahiran berharga untuk mempersiapkan diri menghadapi suasana kerja yang mencabar. Ia merangkumi pelbagai aspek seperti Kemahiran Menaip Pantas, Pemprosesan Dokumen, Shorthand, Trengkas, Pentadbiran Pejabat, Aplikasi Perisian Pejabat, Pembangunan Peribadi, Pengurusan Acara, dan Perakaunan Perniagaan. Dengan kemahiran dan pengetahuan ini, pelajar akan bersedia untuk menjalankan tugas-tugas pentadbiran dalam pelbagai organisasi atau industri.
Prospek Kerjaya
- Setiausaha
- Pembantu Peribadi
- Eksekutif Pentadbiran
- Koordinator Acara
- Eksekutif Sumber Manusia
- Eksekutif Perhubungan Awam
- Usahawan
Syarat Kemasukan
Lepasan SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau yang setaraf
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran lain
- Calon tidak mempunyai kecacatan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal, atau pembelajaran yang boleh menjejaskan pelaksanaan tugas-tugas amali.
Lulusan Pra Diploma Politeknik
- Lulus Pra Diploma Perdagangan
Lulusan Selain SPM
- Warganegara Malaysia
- Lulus pengajian peringkat sijil yang diiktiraf oleh MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan; ATAU
- Memiliki Sijil APEL (Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
- Calon tidak mempunyai kecacatan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal, atau pembelajaran yang boleh menjejaskan pelaksanaan tugas-tugas amali.
Kelayakan Tambahan (Lulusan Sijil Politeknik)
- Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
- Sijil Pemasaran
- Sijil Pemprosesan Data
- Sijil Pengajian Perniagaan
- Sijil Penyimpanan Kira
Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga), KKM
- Ketua Kerani Undang-Undang (M-053-3)
- Setiausaha Korporat Eksekutif (M-052-3)
- Penyelia Pengurusan Pejabat (FB-024-3:2012)
- Setiausaha Korporat Eksekutif (FB-025-3:2012)
Sekiranya sijil yang dimiliki tidak tersenarai, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar.
Lulusan APEL:
- Warganegara Malaysia
- Memiliki sijil APEL (Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal
Program Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal memperkenalkan pelajar kepada aspek penting dalam industri perkhidmatan makanan yang patuh kepada standard halal. Ia memberikan pemahaman yang mendalam serta kemahiran yang diperlukan dalam industri ini, meliputi profesionalisme, perkhidmatan pelanggan, pengetahuan asas makanan halal, dan pengurusan industri makanan. Selain itu, pelajar turut mempelajari tentang standard halal, sanitasi dalam perkhidmatan makanan, nutrisi, teori makanan, asas masakan timur dan barat, penyajian makanan dan minuman, perancangan menu, penyediaan roti dan pastri, serta undang-undang makanan dan aspek perundangan yang berkaitan.
Program ini juga memberi penekanan kepada operasi perkhidmatan makanan komersil, pengurusan acara, kawalan kos makanan dan minuman, serta pengurusan sumber manusia. Amalan hospitaliti mesra Muslim serta rekabentuk susun atur kemudahan perkhidmatan makanan turut diterapkan. Program ini menggabungkan pembelajaran teori dengan latihan praktikal yang memberikan pelajar pengalaman secara langsung di lapangan. Di akhir pengajian, pelajar akan menjalani latihan industri selama enam bulan yang berstruktur untuk memperolehi kemahiran dan pengalaman kerja yang relevan. Ini bertujuan untuk mempersiapkan mereka memasuki dunia pekerjaan dengan keyakinan dan dedikasi yang tinggi.
Prospek Kerjaya
Program ini membuka peluang kepada pelajar untuk menceburi bidang pengurusan dan penyeliaan dalam industri perkhidmatan makanan halal. Antara peluang kerjaya yang tersedia adalah:
- Penyelia Makanan dan Minuman
- Penyelia Restoran
- Eksekutif Halal (Muslim Sahaja)
- Usahawan
- Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C27
- Pegawai Kualiti Makanan
- Pegawai Jaminan Kualiti Makanan
- Penyelia Penjualan Makanan
- Eksekutif Perkhidmatan Makanan
Syarat Kemasukan
Lepasan SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau yang setaraf
- Lulus mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan pelaksanaan tugas-tugas amali.
Lulusan Selain SPM
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sijil Kolej Komuniti dalam salah satu program berikut:
- Sijil Seni Kulinari
- Sijil Perkhidmatan Makanan dan Minuman
- Sijil Pelancongan Rekreasi
- Sijil Pengurusan Bahagian Bilik
- Sijil Bakeri dan Konfeksionari
- Sijil Hotel dan Katering
- Sijil Operasi Perhotelan
- Sijil Pastri
- Sijil Pelancongan dan Pengembaraan
- Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan
- Sijil Pemprosesan Makanan Komersil
- Sijil Pengendalian Acara
Calon juga tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan pelaksanaan tugas-tugas amali.
Lulusan APEL:
- Warganegara Malaysia
- Memiliki sijil APEL (Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
Jika sijil yang dimiliki tidak tersenarai, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar untuk maklumat lanjut.
Diploma Pengurusan Pelancongan
Diploma Pengurusan Pelancongan direka khas untuk menyediakan pelajar dengan pemahaman yang komprehensif tentang pelbagai komponen dalam industri pelancongan serta kemahiran yang diperlukan seperti Operasi Pelancongan dan Pakej Perjalanan, Pengurusan Taman dan Rekreasi, Pengurusan Kemudahan, Pengurusan Acara, Pelancongan Rekreasi, Operasi Pejabat Hadapan dan Perkhidmatan Interpretasi Pengunjung. Selain itu, program ini juga merangkumi asas-asas dalam industri pelancongan seperti asas pelancongan dan hospitaliti, pembangunan profesional, komunikasi, kesihatan dan keselamatan, pembangunan keusahawanan, pengurusan keselamatan dan risiko, pengurusan taman tema, serta pengurusan taman dan risiko.
Diploma ini yang merangkumi enam semester, meliputi pelbagai kemahiran dan kebolehan yang diaplikasikan dalam industri pelancongan di pelbagai peringkat pekerjaan seperti mahir, separa mahir, dan tidak mahir.
Program ini juga menggabungkan pembelajaran secara praktikal dan pengalaman langsung, serta latihan industri selama enam bulan yang berstruktur. Ini bertujuan untuk mempersiapkan pelajar dengan kemahiran bekerja yang relevan serta pendidikan akademik yang berkaitan supaya mereka boleh memasuki pasaran kerja dengan segera dan berfungsi secara efektif selepas tamat pengajian. Yang paling penting, graduan program ini akan dibimbing untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka dengan cara yang inovatif, kreatif, serta berupaya menangani pelbagai cabaran dan isu di tempat kerja.
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran untuk jawatan seperti:
- Pegawai Pelancongan
- Koordinator Taman
- Penterjemah Alam Semulajadi
- Penyelia Taman Tema
- Penyelia Perjalanan dan Pakej Pelancongan
- Penyelia Kemudahan Rekreasi
- Kakitangan Jualan dan Pemasaran Pelancongan
- Konsultan Pembangunan Pakej Pelancongan
- Penyelia/Koordinator Pengurusan Acara
- Usahawan dalam Bisnes Pelancongan, Perjalanan, dan Pakej Pelancongan
- Penyelia/Instruktor/Fasilitator Program Pelancongan
Syarat Kemasukan
Lepasan SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran lain
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal, atau pembelajaran yang boleh menjejaskan kerja-kerja amali
Lulusan Selain SPM
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sijil Kolej Komuniti dalam program berikut:
- Sijil Seni Kulinari
- Sijil Perkhidmatan Makanan dan Minuman
- Sijil Pelancongan Rekreasi
- Sijil Pengurusan Bahagian Bilik
- Sijil Bakeri dan Konfeksionari
- Sijil Hotel dan Katering
- Sijil Operasi Perhotelan
- Sijil Pastri
- Sijil Pelancongan dan Pengembaraan
- Sijil Pengendalian Acara
- Sijil Pengendalian Pelancongan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang boleh menjejaskan kerja-kerja amali.
Lulusan APEL
- Warganegara Malaysia
- Memiliki sijil APEL (Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
Sekiranya sijil yang dimiliki tidak tersenarai, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar untuk maklumat lanjut.
Diploma Teknologi Maklumat
Program Diploma Teknologi Maklumat menyediakan pelajar dengan pendidikan dan latihan dalam bidang Pengkomputeran, dengan fokus utama pada Teknologi Maklumat. Kursus-kursus yang ditawarkan dibahagikan kepada beberapa modul seperti Teknologi Platform, Asas Pengkomputeran, Asas Pengaturcaraan, Modul Industri, dan Kluster Domain Industri yang merangkumi tugas-tugas khusus. Kursus-kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk mencapai pelbagai kerjaya dalam sektor ICT. Program ini juga membekalkan pelajar dengan kemahiran yang boleh dipindahkan serta kemahiran pelbagai yang membantu mereka menyesuaikan diri dengan teknologi baharu. Selain kursus teknikal, pelajar juga diajar Bahasa Inggeris untuk Teknologi Digital, Pengajian Islam atau Pendidikan Moral, Ko-kurikulum, dan Penyelesaian Masalah Kreatif bagi meningkatkan kecekapan mereka dalam soft skills.
Dengan penekanan pada pembelajaran kendiri dan kompetensi amali, graduan program ini akan bersedia menghadapi cabaran dalam dunia teknologi pengkomputeran.
Diploma Teknologi Maklumat (DIT) ini menawarkan pelbagai trek atau pengkhususan bergantung kepada Politeknik. Pelajar boleh memilih program DIT di Politeknik yang menawarkan pengkhususan yang diminati.
Prospek Kerjaya
Menurut kajian oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), permintaan terhadap tenaga kerja dalam sektor ICT dijangka meningkat pesat. Perkembangan pesat dalam ICT telah meningkatkan permintaan terhadap graduan IT yang berkelayakan untuk memenuhi keperluan industri, baik di peringkat tempatan mahupun global. Graduan daripada program ini akan dilengkapi dengan pengetahuan, kemahiran, sikap, dan kebolehan yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai kerjaya di dunia industri ICT dan perniagaan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh akan membolehkan mereka untuk memasuki pasaran kerja dalam bidang seperti:
- Pengaturcara Aplikasi Komputer
- Pengaturcara Internet
- Pengaturcara Web
- Pengaturcara Pangkalan Data
- Pembantu Penganalisis Sistem
- Pembangun Perisian
- Pentadbir Pangkalan Data
- Penguji Perisian
- Personel Sokongan Sistem
- Pengaturcara Sistem
- Personel Sokongan Rangkaian
- Pentadbir Rangkaian
- Jurutera Sokongan IT
- Pembantu Jurutera Rangkaian
- Sokongan/Helpdesk Teknikal
Syarat Kemasukan
Lepasan SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- DUA (2) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran lain
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.
Lulusan Selain SPM
- Warganegara Malaysia
- Lulus pengajian peringkat Sijil yang diiktiraf oleh MQA/Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan; ATAU
- Memiliki Sijil APEL (Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) dan mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.
Lulusan APEL
- Warganegara Malaysia
- Memiliki sijil APEL (Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
Sekiranya sijil yang dimiliki tidak tersenarai, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar untuk maklumat lanjut.
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) merangkumi pelbagai disiplin dalam bidang kejuruteraan elektronik dengan penekanan khusus terhadap teknologi komunikasi. Program ini dirangka dengan asas yang kuat dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik, meliputi matematik, asas elektrik dan elektronik, asas komputer dan pengaturcaraan, serta asas sistem komunikasi.
Pelajar juga akan mempelajari peranti semikonduktor, pemasangan pendawaian, serta reka bentuk yang dibantu oleh komputer, yang mampu melahirkan graduan yang serba boleh dan berketerampilan. Program ini memberi fokus kepada pengkhususan dalam bidang komunikasi seperti telefoni, sistem komunikasi gentian optik, komunikasi data dan rangkaian, komunikasi tanpa wayar, serta peranti gelombang mikro pada penghujung program.
Selain daripada pengajaran pengetahuan teknikal, program ini juga memberi penekanan terhadap pembangunan potensi pelajar secara menyeluruh melalui kursus-kursus seperti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Pengajian Malaysia, ko-kurikulum, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, serta keusahawanan.
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah turut menawarkan program ini dengan Pensijilan Tahfiz Al-Quran melalui program TECHNO HUFFAZ, yang dianjurkan bersama KPT-JAKIM. Untuk maklumat lanjut mengenai TECHNO HUFFAZ, klik sini.
Prospek Kerjaya
Graduan program ini mempunyai pelbagai pilihan kerjaya dalam sektor komunikasi, seperti di Telekom Malaysia Berhad, Celcom, Maxis, Sapura, Axiata, Webe, SIRIM, dan firma-firma perundingan. Selain itu, graduan juga boleh bekerja dalam industri penyiaran di stesen radio atau televisyen, institusi pendidikan, serta firma perundingan.
Program ini memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Kejuruteraan Komunikasi yang boleh diaplikasikan secara meluas, membolehkan graduan memasuki pelbagai kerjaya seperti:
- Pembantu Jurutera
- Pembantu Jurutera Frekuensi Radio
- Eksekutif Teknikal
- Eksekutif Pemasaran
- Penyelia Teknikal
- Pembantu Perancang Teknikal
- Pembantu Jurutera Rangkaian
- Pembantu Pentadbir Rangkaian
- Pembantu Jurutera “Drive Test”
- Pembantu Jurutera Analisis “Drive Test”
- Juruteknik Elektrik / Elektronik
Syarat Kemasukan
Lepasan SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- SATU (1) mata pelajaran Sains/ Teknikal/ Vokasional
- SATU (1) mata pelajaran lain
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal, atau pembelajaran yang menyukarkan kerja amali.
Lulusan Pra Diploma Politeknik
- Lulus Pra Diploma Sains
Lulusan Selain SPM
- Warganegara Malaysia
- Lulus pengajian peringkat sijil yang diiktiraf oleh MQA/ Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan; ATAU
- Memiliki Sijil APEL (Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal, atau pembelajaran yang menyukarkan kerja amali.
Kelayakan Tambahan
- Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
- Sijil Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
- Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kawalan)
- Sijil Kejuruteraan Elektrik (Komputer)
- Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
- Sijil Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan)
- Sijil Kejuruteraan Elektrik (Perubatan)
- Sijil Kejuruteraan Elektrik (Petroleum)
- Sijil Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)
- Sijil Kejuruteraan Elektronik (Petroleum)
- Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
- Sijil Teknologi Elektrik
- Sijil Teknologi Elektrik Pemasangan dan Perkhidmatan
- Sijil Teknologi Peranti Mudah Alih
- Sijil Teknologi Telekomunikasi
- Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Industri)
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Instrumentasi)
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi)
- Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga), KKM
- Juruteknik Fiber Optik – Telekomunikasi
- Juruteknik Kanan (Pengsuisan 3G)
- Juruteknik Kanan Frekuensi Radio Tanpa Wayar
- Juruteknik Kanan Rangkaian Akses Radio
- Juruteknik Sistem Perkabelan Berstruktur
- Juruteknik Telekomunikasi – Operasi Pengsuisan
- Juruteknik Telekomunikasi – Pemasangan
- Pembaikpulihan Telefon Bimbit
- Penataan Cahaya Filem & Televisyen
Sekiranya sijil yang dimiliki tidak tersenarai, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar untuk maklumat lanjut.
Lulusan APEL
- Warganegara Malaysia
- Memiliki sijil APEL daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) direka untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan luas dalam bidang kejuruteraan elektronik, dengan pengkhususan dalam teknologi komputer. Program ini menyediakan asas yang kukuh dalam elektronik, meliputi bidang kuasa, telekomunikasi, kawalan, instrumentasi, serta teknologi komputer, yang membolehkan graduan menjadi serba boleh dalam pelbagai disiplin, sambil tetap memberi penekanan pada bidang pengkhususan mereka.
Graduan daripada program ini bakal menikmati peluang kerjaya yang cerah dalam bidang teknologi komputer, kerana penggunaan peralatan elektronik yang berkaitan dengan komputer semakin meluas. Ini meningkatkan permintaan terhadap juruteknik yang terlatih dan berkemahiran tinggi.
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) daripada Politeknik melengkapkan graduan dengan kemahiran teknikal yang diiktiraf dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer), menjadikan mereka calon yang berdaya saing dalam pasaran kerja.
Prospek Kerjaya
Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) membekalkan graduan dengan pengetahuan dan kepakaran dalam kejuruteraan elektronik, khususnya dalam pengkomputeran. Dengan kemajuan pesat dalam teknologi elektronik dan komputer, graduan berpeluang bekerja di pelbagai industri, termasuk:
- Juruteknik Komputer
- Juruteknik Elektronik
- Juruteknik Perisian
- Juruteknik Audio Visual
- Pakar Teknikal
- Juruteknik Khidmat Elektrik, Elektronik dan Komputer
- Pembantu Jurutera
- Eksekutif Pemasaran
- Bekerja Sendiri
Syarat Kemasukan
Lepasan SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- SATU (1) mata pelajaran Sains/ Teknikal/ Vokasional
- SATU (1) mata pelajaran lain
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal, atau pembelajaran yang menyukarkan kerja amali.
Lulusan Pra Diploma Politeknik
- Lulus Pra Diploma Sains
Lulusan Selain SPM
- Warganegara Malaysia
- Lulus pengajian peringkat sijil yang diiktiraf oleh MQA/ Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan; ATAU
- Memiliki Sijil APEL (Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, fizikal, atau pembelajaran yang menyukarkan kerja amali.
Kelayakan Tambahan
- Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
- Sijil Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
- Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kawalan)
- Sijil Kejuruteraan Elektrik (Komputer)
- Sijil Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
- Sijil Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan)
- Sijil Kejuruteraan Elektrik (Perubatan)
- Sijil Kejuruteraan Elektronik (Petroleum)
- Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
- Certificate in Industrial Internet of Things
- Sijil Sistem Komputer dan Rangkaian
- Sijil Sistem Komputer dan Sokongan
- Sijil Teknologi Telekomunikasi
- Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Komputer
- Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga), KKM
- Juruteknik Kanan Antara Muka
- Juruteknik Kanan Buffer Storage
- Juruteknik Kanan Rangkaian (Rekabentuk)
- Pemasangan, Konfigurasi & Penyelenggaraan Protokol Internet
Sekiranya sijil yang dimiliki tidak tersenarai, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar untuk maklumat lanjut.
Lulusan APEL:
- Warganegara Malaysia
- Memiliki sijil APEL daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar
Program pengajian Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar direka untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teori, kemahiran teknikal, dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang ini. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan di kampus dan di tapak kajian yang relevan dengan skop kerja dalam penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Aspek yang diterokai termasuk punca dan kesan pencemaran, kaedah mengenal pasti punca dan teknik pemuliharaan, kajian dan eksperimen, undang-undang serta peraturan pihak berkuasa, keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kesejahteraan manusia, serta penjagaan kualiti alam sekitar.
Kursus-kursus yang ditawarkan memberi pelajar persediaan untuk pelbagai laluan kerjaya dalam bidang sains dan teknologi yang berkaitan dengan kejuruteraan alam sekitar. Bidang-bidang ini termasuk pemprosesan air mentah dan pembekalan air bersih, pemprosesan air sisa, pengurusan sisa pepejal, kitar semula bahan buangan, serta kajian masalah pencemaran air, udara, dan kebisingan.
Di samping itu, kemahiran insaniah, kemahiran komunikasi, dan kerja berpasukan turut diterapkan bagi memastikan pelajar dapat berkomunikasi dan bekerjasama secara berkesan serta bertanggungjawab. Pengetahuan dan kemahiran ini amat berguna bagi membina kerjaya dalam kejuruteraan alam sekitar atau melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Prospek Kerjaya
Lepasan Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar mempunyai peluang kerjaya yang luas dalam bidang ini, antaranya:
- Penolong Pegawai Alam Sekitar
- Penolong Pegawai Kesihatan dan Keselamatan
- Penolong Pegawai Kawalan Kualiti Alam Sekitar
- Pembantu Teknik
- Penyelia Tapak
- Juruteknik Makmal
- Penolong Penyelidik
- Kontraktor Kebersihan Kawasan
Syarat Kemasukan
Lepasan SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- SATU (1) mata pelajaran Sains/ Teknikal/ Vokasional
- SATU (1) mata pelajaran lain
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal, atau pembelajaran yang menyukarkan kerja amali.
Lulusan Pra Diploma Politeknik
- Lulus Pra Diploma Sains
Lulusan Selain SPM
- Warganegara Malaysia
- Lulus pengajian peringkat sijil yang diiktiraf oleh MQA/ Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan; ATAU
- Memiliki Sijil APEL (Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal, atau pembelajaran yang menyukarkan kerja amali.
Kelayakan Tambahan
- Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3), KKM
- Juruteknik Kanan Agihan Air
- Penyelia Paip & Kumbahan
- Penyelia Rawatan Air
- Penyelia Sistem Kawalan Pencemaran Udara Industri
- Penyelia Operasi Bahan Buangan dan banyak lagi.
Sekiranya sijil yang dimiliki tidak tersenarai, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar untuk maklumat lanjut.
Lulusan APEL
- Warganegara Malaysia
- Memiliki sijil APEL daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
Diploma Seni Bina
Program pengajian Diploma Seni Bina direka untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teori, kemahiran teknikal, dan sikap profesional yang diperlukan dalam bidang seni bina. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan di bilik kuliah, studio, dan tapak industri yang berkaitan dengan kerja reka bentuk seni bina dan teknologi pembinaan, berdasarkan kehendak pelanggan atau keperluan industri. Program ini membantu pelajar memahami konsep dan prinsip reka bentuk serta lukisan pelan, sambil menggalakkan kreativiti dalam mengintegrasikan faktor persekitaran, konteks budaya, penggunaan bahan, teknologi pembinaan, undang-undang, dan amalan profesional dalam bidang seni bina.
Kemahiran insaniah, komunikasi, dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar, memastikan mereka mampu berkomunikasi dan bekerjasama secara bertanggungjawab dan berkesan. Semua pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh akan sangat berguna bagi pelajar dalam membina kerjaya atau melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang seni bina.
Prospek Kerjaya
Lepasan Diploma Seni Bina mempunyai peluang kerjaya yang luas, termasuk:
- Pembantu Teknik Seni Bina
- Penyelia Tapak
- Inspektor Kerja Tapak
- Penyelaras BIM
- Pereka dan Ilustrator 3D
- Perunding Seni Bina
- Usahawan Industri Kreatif
Syarat Kemasukan
Lepasan SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- SATU (1) mata pelajaran Sains/ Teknikal/ Vokasional
- SATU (1) mata pelajaran lain
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal, atau pembelajaran yang menyukarkan kerja amali.
Lulusan Selain SPM
- Warganegara Malaysia
- Lulus pengajian peringkat sijil yang diiktiraf oleh MQA/ Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan; ATAU
- Memiliki Sijil APEL (Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal, atau pembelajaran yang menyukarkan kerja amali.
Kelayakan Tambahan
- Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
- Sijil Seni Bina
- Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
- Sijil Lukisan Seni Bina
- Sijil Pelukis Pelan Seni Bina
- Sijil Penyeliaan Tapak Bina
- Sijil Rekabentuk Dalaman
- Sijil Teknologi Pembinaan
- Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan
- Sijil Teknologi Seni Bina
- Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
- Sijil Seni Bina
- Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap Tiga), KKM
- Lukisan Pelan Seni Bina
- Pelukis Kanan Rekaan Dalaman
- Penyelia Binaan Bangunan
- Penyelia Sistem Kotakbentuk
- Tukang Kayu
- Pelukis Pelan Kanan Seni Bina
Sekiranya sijil yang dimiliki tidak tersenarai, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar untuk maklumat lanjut.
Lulusan APEL
- Warganegara Malaysia
- Memiliki sijil APEL daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
Diploma Sains Kesetiausahaan
Program Diploma Kejuruteraan Awam direka untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teori, kemahiran teknikal, dan tingkah laku profesional yang diperlukan dalam bidang kejuruteraan awam. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan di kampus serta di tapak binaan, meliputi pelbagai skop kerja dalam industri pembinaan, termasuk penggunaan bahan dan teknologi binaan, reka bentuk struktur, kaedah binaan, undang-undang serta peraturan Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta penjagaan alam sekitar turut diberi penekanan. Program ini juga memupuk kemahiran insaniah, komunikasi, dan kerja berpasukan dalam kalangan pelajar agar mereka dapat berinteraksi dan bekerja secara bertanggungjawab dan berkesan dalam pasukan.
Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh sangat bermanfaat bagi pelajar untuk membina kerjaya dalam bidang kejuruteraan awam atau melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah turut menawarkan program ini dengan Pensijilan Tahfiz Al-Quran melalui program TECHNO HUFFAZ, hasil kerjasama KPT dan JAKIM. Untuk maklumat lanjut mengenai program TECHNO HUFFAZ, klik sini.
Prospek Kerjaya
Lepasan Diploma Kejuruteraan Awam mempunyai pelbagai peluang kerjaya, termasuk:
- Penolong Jurutera
- Pembantu Teknik
- Penyelia Tapak
- Penyelaras Bahan Binaan
- Kerani Kerja Tapak
- Pegawai Kesihatan dan Keselamatan
- Pembantu Penyelidik
- Pembekal Bahan Binaan
- Kontraktor Pembinaan
Syarat Kemasukan
Lepasan SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Bahasa Melayu
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Lulus Bahasa Inggeris
- Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Matematik
- SATU (1) mata pelajaran Sains/ Teknikal/ Vokasional
- SATU (1) mata pelajaran lain
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, pertuturan, fizikal, atau pembelajaran yang menyukarkan kerja amali.
Lulusan Pra Diploma Politeknik
- Lulus Pra Diploma Sains
Lulusan Selain SPM
- Warganegara Malaysia
- Lulus pengajian peringkat sijil yang diiktiraf oleh MQA/ Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan; ATAU
- Memiliki Sijil APEL (Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4) serta mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal, atau pembelajaran yang menyukarkan kerja amali.
Kelayakan Tambahan
- Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
- Sijil Kejuruteraan Awam
- Sijil Kejuruteraan Awam (Kerja Raya dan Kaji Air)
- Sijil Kejuruteraan Awam (Lebuhraya)
- Sijil Teknologi Berasaskan Kayu
- Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
- Sijil Lukisan Seni Bina
- Sijil Penyelenggaraan Bangunan
- Sijil Penyeliaan Tapak Bina
- Sijil Teknologi Pembinaan
- Sijil Institut Kemahiran MARA Tahap 3, KKM
- Sijil Teknologi Bangunan
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Bangunan
- Sijil Teknologi Kejuruteraan Lukisan Struktur
- Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 3), KKM
- Penyelia Binaan Bangunan
- Penyelia Keselamatan dan Kesihatan Tapak Binaan
- Penyelia Struktur
- Penyelia Sistem Kotakbentuk
Sekiranya sijil yang dimiliki tidak tersenarai, sila hubungi Unit Ambilan Pelajar, Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar untuk maklumat lanjut.
Lulusan APEL
- Warganegara Malaysia
- Memiliki sijil APEL daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan.
Yuran PSIS
Yuran dan cara pembayaranya telah di jelaskan pada buku panduan berikut:
Kesimpulan
Secara keseluruhan dari senaraiyuran.my, bayaran yuran di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) dianggap berpatutan, sesuai dengan kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan kepada para pelajar. Dengan struktur yuran yang tersusun dan mudah difahami, PSIS menawarkan peluang pendidikan tinggi yang mampu diakses oleh masyarakat dari pelbagai lapisan.
Pelajar di PSIS juga berpeluang menikmati pelbagai kemudahan yang menyokong proses pembelajaran dan pengembangan kemahiran mereka. Oleh itu, PSIS adalah pilihan yang baik bagi sesiapa yang ingin menceburi bidang teknikal dan vokasional dengan kos yang berpatutan.
Dengan memahami struktur yuran serta kemudahan yang ditawarkan, pelajar dapat membuat pilihan yang lebih bijak ketika memilih institusi pengajian mereka. PSIS bukan sahaja menjanjikan pendidikan berkualiti, malah memastikan kos pembelajaran yang mesra poket. Diharapkan artikel ini dapat memberikan penerangan yang jelas tentang yuran PSIS dan membantu bakal pelajar membuat keputusan terbaik untuk masa depan mereka.