Yuran PNS – Politeknik Nilai (PNS) merupakan salah satu institusi pendidikan tinggi di Malaysia yang menawarkan pelbagai program diploma dalam bidang teknikal dan vokasional. Setiap tahun, pelajar yang mendaftar di PNS perlu membuat persediaan kewangan, termasuk pembayaran yuran yang berbeza mengikut kursus dan semester.
Dalam artikel ini, kami akan menyediakan panduan lengkap mengenai struktur yuran yang dikenakan di PNS untuk membantu anda merancang bajet pendidikan dengan lebih teratur dan berkesan.
Pengenalan PNS
Politeknik Nilai (PNS), Negeri Sembilan merupakan politeknik ke-23 yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada 1 April 2007, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Operasi PNS bermula di kampus sementara dengan pengambilan pelajar sulung pada Disember 2007.
Pada September 2011, PNS berpindah ke kampus tetap yang terletak di Kompleks Pendidikan Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Kampus ini berkeluasan 101.5 ekar dan menempatkan 37 blok bangunan yang merangkumi bangunan pentadbiran, akademik, kamsis, serta kediaman staf. Kemudahan di kampus ini mampu menampung seramai 2,400 pelajar, dengan kapasiti asrama yang boleh menempatkan 1,200 pelajar.
PNS mempunyai tenaga kerja seramai 67 kakitangan, terdiri daripada 48 pensyarah dan 19 staf sokongan. Ketika ini, PNS menempatkan seramai 446 pelajar yang sedang mengikuti program Diploma Pengajian Perniagaan (e-Dagang), Diploma Perbankan dan Kewangan Islam, serta Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan.
Pada sesi Julai 2012, dua jabatan baharu iaitu Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Agroteknologi dan Bioindustri akan memulakan tawaran program baru, iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal serta Diploma Landskap dan Hortikultur.
Visi
Menghasilkan keperluan modal insan yang bernilai dan berketrampilan melalui pendidikan terkamil dari aspek ilmu, kemahiran dan berakhlak mulia melalui pendidikan bersepadu dan berterusan.
Misi
Politeknik Nilai, Negeri Sembilan beriltizam memenuhi keperluan negara dalam bidang perdagangan dan teknologi serta melahirkan modal insan bernilai tinggi.
Program PNS
Program yang ditawarkan oelh PNS diantaranya adalah:
- Diploma Kewangan dan Perbankan Islam (DIB)/ Diploma Kewangan Islam (DIF)
- Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan (DLS)
- Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM)
- Diploma Sistem Maklumat Perniagaan
- Diploma Kejuruteraan Mekanikal
- Diploma Kejuruteraan Mekatronik
- Diploma Holtikultur Landskap/ Diploma Teknologi Holtikultur Landskap
- Diploma Bioteknologi
Yuran PNS
Yuran Pengajian Sepenuh Masa Politeknik
Yuran | Jumlah |
---|---|
Yuran Pengajian | RM 200 |
Yuran Asrama | RM 60-RM630 *Tertakluk kepada jenis/kemudahan asrama yang disediakan oleh Politeknik yang berkenaan |
Bayaran Pelbagai | Semester 1: maksimum RM 300 Tahun ke 2 dan seterusnya: maksimum RM 35 |
Bantuan Kewangan dan Beasiswa PNS
Pinjama Pelajaran oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Bagi pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN, semua permohonan kini boleh dibuat melalui aplikasi web myPTPTN yang akan mula digunakan sepenuhnya pada 10 Januari 2024. Sila rujuk panduan dan langkah-langkah berikut untuk memudahkan permohonan bantuan, yang disertakan dalam bentuk dokumen dan video:
- 4 Langkah Pendaftaran myPTPTN.pdf
- 9 Langkah Proses Permohonan Pinjaman Baru.pdf
- Panduan Permohonan dan Terima Tawaran Pinjaman
- Pendaftaran Akaun myPTPTN-(1080p).mp4
- Proses eKYC-(1080p).mp4
Tawaran Yayasan Kuok Berhad
Bagi pelajar yang berminat dan layak memohon biasiswa daripada Yayasan Kuok Berhad, sila rujuk panduan berikut:
Bantuan dibawah Kerajaan Negeri Sembilan 2024
Pelajar yang layak untuk memohon bantuan di bawah Kerajaan Negeri Sembilan tahun 2024 boleh merujuk kepada pautan yang disertakan dalam surat Hebahan Permohonan Bantuan Di Bawah Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2024
Bantuan AM Pelajaran – Institusi Pengajian Tinggi Fisabillillah 202
Pelajar yang layak dan berminat memohon bantuan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi tahun 2024 boleh mengikuti langkah berikut:
- Tempoh Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2024
- Muat Turun Manual Pengguna di https://bit.ly/48qypOZ
- Pautan Permohonan di www.mains.gov.my/agihan
- Pertanyaan/Maklumat Lanjut di [email protected]
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, Politeknik Nilai (PNS) menawarkan pelbagai program diploma yang relevan dengan keperluan industri semasa, disokong oleh kemudahan kampus yang lengkap serta kakitangan yang berpengalaman. Sejak penubuhannya di Negeri Sembilan pada tahun 2007, PNS telah membuktikan komitmennya dalam menyediakan pendidikan teknikal yang berkualiti tinggi kepada para pelajar.
Dengan yuran pengajian dari senaraiyuran.my yang berpatutan dan kemudahan penginapan yang selesa, PNS menjadi pilihan utama bagi mereka yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang yang ditawarkan. Bagi yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di sini, PNS bukan sahaja menyediakan asas akademik yang kukuh, tetapi juga menawarkan suasana kampus yang kondusif untuk perkembangan peribadi dan profesional.
Sebagai institusi yang terus berkembang, PNS sentiasa berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan dan program-programnya agar dapat memberikan impak positif kepada pelajar dan juga industri di Malaysia.