Yuran PMM – Dalam usaha untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di Malaysia, pemilihan institusi yang sesuai merupakan satu keputusan yang sangat penting. Politeknik Merlimau (PMM), yang terletak di tengah-tengah negeri Melaka, menyediakan pelbagai program diploma yang direka khas untuk memenuhi keperluan industri masa kini.
Sebagai salah satu institusi pendidikan teknikal dan vokasional terkemuka di negara ini, PMM juga terkenal dengan yuran pengajiannya yang berpatutan, menjadikannya lebih mudah diakses oleh pelajar dari pelbagai latar belakang untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti.
Artikel ini akan membincangkan secara mendalam mengenai struktur yuran di Politeknik Merlimau, sekaligus memberikan panduan yang jelas kepada bakal pelajar serta ibu bapa mengenai komitmen kewangan yang diperlukan untuk menempuh perjalanan pendidikan ini.
Pengenalan Politeknik Merlimau
Politeknik Merlimau (PMM) merupakan politeknik ke-14 yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Terletak di daerah Jasin, ia berada kira-kira 2 kilometer dari Pekan Merlimau, 24 kilometer dari bandar Melaka, dan 19 kilometer dari bandar Jasin.
Politeknik ini mula beroperasi pada 17 November 2002, dan menerima kumpulan pelajar perintisnya pada 23 Disember 2002, dalam sesi kedua tahun tersebut. Dengan kapasiti maksimum seramai 5060 pelajar, PMM kini beroperasi sepenuhnya dan telah menjadi salah satu pusat penting di kawasan Merlimau.
Dasar kualiti Politeknik Merlimau Melaka (PMM) adalah untuk membangunkan potensi pelajar dalam bidang Kejuruteraan, Perdagangan, serta Pelancongan dan Hospitaliti melalui proses penambahbaikan berterusan. PMM komited untuk memenuhi kehendak pelanggan dengan mencapai objektif-objektif kualiti yang disemak secara berkala bagi memastikan keberkesanan sistem yang dilaksanakan. Dasar ini disebarkan kepada semua peringkat kakitangan untuk difahami dan dihayati.
Semua perkhidmatan yang disediakan akan sentiasa ditambah baik secara berterusan, berpandukan kepada piawaian Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 dan ISO 21001:2018.
Visi
Menjadi Institusi TVET Yang UNGGUL
Misi
- Membangunkan graduan TVET yang holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang melalui pendidikan yang dinamik seiring dengan revolusi industri terkini.
- Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.
- Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat, penyelidikan dan inovasi.
Tempoh Pengajian PMM
Tempoh pengajian di politeknik adalah seperti berikut:
- Diploma selain Sains Kesetiausahaan, Penyenggaraan Pesawat, dan Kejuruteraan Perkapalan – 6 semester
- Diploma Kejuruteraan Perkapalan – 7 semester
- Diploma Penyenggaraan Pesawat – 5 semester
- Diploma Sains Kesetiausahaan – 4 semester
Program PMM
Asasi Teknologi Kejuruteraan |
Diploma Pengajian Perniagaan |
Diploma Pemasaran |
Diploma Akauntansi |
Diploma Kejuruteraan Mekatronik |
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) |
Diploma Kejuruteraan Mekanikal |
Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal |
Diploma Pengurusan Hotel |
Diploma Seni Kulinari |
Diploma Pengurusan Pelancongan |
Diploma Pengurusan Acara |
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) |
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) |
Diploma Kejuruteraan Elektrik |
Diploma Geomatik |
Diploma Seni Bina |
Diploma Kejuruteraan Awam |
Yuran PMM
Berikut adalah jenis dan jumlah yuran yang dikenakan di politeknik Merlimau:
- Yuran pengajian – RM200.00/semester
- Yuran asrama – RM60.00/semester
- Bayaran pendaftaran – ditetapkan oleh politeknik, dianggarkan sekitar RM600.00
Secara lebih rinci, yuran kemasukan PMM dapat dilihat pada maklumat berikut:
sebartas pemberitahuan, PMM menyediakan asrama terhad, dan pihak pengurusan politeknik telah menetapkan bahawa golongan berikut akan diberi keutamaan:
a. Pelajar semester satu
b. Pelajar yang bergiat aktif dalam sukan dan kokurikulum
c. Pelajar yang tiada rekod disiplin
Syarat Kemasukan PMM
Syarat kemasukan PMM diantaranya adalah:
- Warna negara Malaysia
- Lulus SPM atau setaraf denganya
- Memenuhi syarat umum berikut:
– Lulus bahasa melayu
– Lulus bahasa inggris
– mendapat 3 kepujian, yaitu matematik/matematik tambahan, satu subjel berkaitan sains/teknologi/vokasional dan 1 subjek lain.
Bantuan Kewangan dan Beasiswa
Bantuan kewangan untuk mahasiswa dapat melalui Pembiayaan Pendidikan PTPTN diwujudkan dengan tujuan untuk memberikan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Skim ini membolehkan pelajar membiayai sepenuhnya atau sebahagian daripada yuran pengajian serta kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian mereka. Dengan adanya skim ini, lebih banyak peluang terbuka untuk semua pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi.
Pembiayaan PTPTN ini terbuka kepada pelajar yang mengikuti program pengajian di peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana, Doktor Falsafah, serta Kursus Profesional di IPT yang ditubuhkan di bawah Akta berikut:
- Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
- Akta Institut Teknologi MARA 1976
- Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
- Akta Pendidikan 1996
Mulai 1 Mac 2007, pelajar yang mengikuti pengajian secara jarak jauh atau separuh masa di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) pada peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Sarjana, Doktor Falsafah, dan Kursus Profesional layak untuk memohon pembiayaan pendidikan PTPTN. Walau bagaimanapun, jumlah pembiayaan hanya meliputi yuran pengajian yang ditetapkan oleh IPTA dan tidak melebihi had yang ditetapkan dalam Pekeliling PTPTN Bilangan 2 Tahun 2007.
Mulai 1 Januari 2012, pelajar yang ingin memohon pembiayaan PTPTN untuk melanjutkan pengajian di Politeknik, IPTA, atau IPTS diwajibkan mempunyai akaun SSPN dengan simpanan minimum sebanyak RM20.00.
Pelajar juga digalakkan membuka akaun SSPN di Maybank atau Bank Islam Malaysia Berhad bagi memudahkan proses. Baki akaun SSPN boleh disemak pada hari yang sama atau keesokan harinya melalui laman web PTPTN.
Bagi pelajar Politeknik, pemohon perlu mempunyai akaun Bank Islam dan dinasihatkan mengemaskini akaun tersebut sebelum memohon pembiayaan.
Syarat-syarat kelayakan untuk memohon pembiayaan pendidikan adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia
b. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan
c. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
d. Lulus SPM dan mendapat CGPA 3.0 ke atas untuk pelajar lepasan sijil kolej komuniti yang diterima ke peringkat diploma politeknik
e. Bagi pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, kursus yang diikuti mesti mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengurusan IPT atau Jabatan Pengajian Politeknik
f. Bagi pelajar IPTS, kursus yang diikuti mesti mempunyai Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang masih sah tempohnya
g. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf hendaklah diperoleh daripada jabatan atau agensi berkaitan
h. Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat hendaklah tidak kurang daripada satu (1) tahun
i. Tiada penaja lain
j. Pelajar mesti mempunyai akaun SSPN sebelum memohon
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web PTPTN atau menghubungi hotline PTPTN di talian 03-20984455.
Kesimpulan
Politeknik Merlimau menyediakan peluang pendidikan yang bernilai dengan yuran yang berpatutan, selaras dengan komitmen mereka untuk menawarkan pendidikan teknikal dan vokasional berkualiti tinggi kepada pelajar.
Struktur yuran yang teratur serta subsidi yang diberikan oleh kerajaan memastikan bahawa pendidikan di PMM kekal mampu dibiayai, membolehkan pelajar dari pelbagai latar belakang ekonomi merealisasikan impian mereka tanpa menanggung beban kewangan yang besar.
Sebagai penutup senaraiyuran.my, Politeknik Merlimau bukan sahaja pilihan yang ekonomis tetapi juga merupakan langkah strategik bagi pelajar yang ingin memajukan diri dalam bidang teknikal dan vokasional.
PMM terus komited untuk membina masa depan yang cemerlang buat pelajarnya dengan menyediakan kemahiran yang diperlukan untuk bersaing dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar. Untuk maklumat lanjut mengenai program dan yuran, calon pelajar dan ibu bapa digalakkan untuk menghubungi pihak pengurusan PMM atau melawat laman web rasmi mereka.